Friday, 9 April 2010

Lepas sudah rindu aku pada mereka berdua...

Erm...semalam balik dalam pukul 2215 malam aku sampai...sampai-sampai sahaja Akalili sahaja yang riuh menyambut aku. Sorfina sudah lena di buai mimpi...lepas mandi semua bagai barulah aku bercerita dengan Akalili...lepas itu baru aku kacau Sorfina yang sedang tidur...uhh rindanya pada mereka berdua...kalau yang si kecil ini jaga masa aku sampai semalam pasti semakin riuhlah rumah aku itu...anak baru dua tapi keriuhan mereka berdua macam aku sudah punya ramai anak...hehehe...kalau ramai nanti tak tahu lah bagai mana pula... Pukul 2310 semua sudah tidur penat agaknya...Alhamdulillah demam Akalili pun sudah kebah...syukur...aku pula macam susah pula hendak tidur dalam 0030 pagi rasanya baru lelapkan mata...tapi dalam 0230 pagi lihat jap di meja aku terjaga semula...badan aku seperti terlalu penat tapi aku sukar untuk tidur dekat satu jam jugaklah aku hendak melelapkan mata semula...lagi sekali aku sedar sudah 0400 pagi aku paksa juga mata ini untuk tidur lastly aku bangun 0500 pagi sambil siapkan pakaian untuk ke office...dalam 15 minit gitu Sorfina pun sudah bangun...muka Sorfina macam terkejut sedikit mungkin  bangun-bangun ummi nya sudah ada di rumah...terus nak dimanjakan...oklah layan Sorfina kejap...lepas habis Sorfina minum susu yang aku buat terus lena semula di buai mimpi...anak-anak, macam-macam ragam dan perangai...hingga hilang penat aku apabila bersama mereka...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails