Friday, 30 April 2010

Menikmati ciptaanNYA

 
 
 
 
Kalau tengok betul-betul dua picture diatas ada lagi satu pelangi disebelah itu.
 Nampak tak aku ambil dari naik ke turunnya Pelangi itu. 
Nak ambil full tak boleh sebab aku pakai handphone saja.

Alhamdulillah sampai di office pagi tadi hujan turun. Mula-mula itu macam renyai-renyai sahaja lepas itu aku tengok lebat...permulaan hari Jumaat yang sungguh kesejukan tapi sekarang pukul 1137 cuaca sudah cerah dengan cuaca penuh ketenangan yang mendamaikan. Hujan pagi tadi pun tidak lah lama dalam setengah jam gitu... DAN apabila hujan berhenti dalam pukul 0800 gitu aku nampak pelangi telah muncul. Elok-elok pula itu depan cermin di tempat aku...erm apa lagi picture time lah...sudah-sudah sampai bos aku dan staff yang lain datang tengok pelangi itu siap ada yang ambil video bagai...bukan apa hanya untuk menikmati ciptaan ALLAH yang MAHA PENCIPTA itu...



Apa yang kita boleh tahu Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warnamerah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.
 
Pelangi juga dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.

Thursday, 29 April 2010

tukar template blog

Asalnya aku nak tukar template blog ini...aduhai banyak pula yang aku perlu lalukan sebelum hendak tukar yang lain...kena save itu dan ini...erm itu yang agak mengambil masa bagi yang aku kureng sikit bab-bab IT ini...aku teringin bangat dengan template blog yang satu ini 'rose template'...ialah nak dapatkan bunga ros sebenar tidak tahu pula bila lagi so ambil gambar ini sahajalah untuk diabadikan...aku suka sangat yang ini. Aku jumpa sahaja template ini terus aku decide ambil saja nanti tengok yang lain yang lain yang lain semua berkenan susah pula. Jenuh asyik nak menukar template...Itulah bila aku akan dapat siapkan template baru aku itu...Harap-harap kat office aku tak sibuk lah boleh godek-godek esok...Di rumah erm jangan haraplah aku dapat nak buat semua itu...banyak lagi kerja yang aku nak buat...

Wednesday, 28 April 2010

hujan panas silih berganti

Erm hari ini perjalanan hidup aku seperti biasa. Belum jadi apa-apa yang luar biasa...mudah-mudahan akan jadi luar biasa nanti...hikhikhik...sekarang ini aku sudah tidak pasti musim apa...maksud aku musim panaskah? atau musim hujan kah? tapi yang aku tahu hujan dan panas silih berganti sekarang ini...susah sungguh nak mengagakkannya sekarang ini...


 
Pictures di atas adalah makanan yang aku ambil masa lunch tadi without nasi hanya ikan pari bakar dan sotong bakar...dengan hari yang panas terik itu mood untuk makan nasi adalah kurang so aku makan lauk sahaja bersama air panas pula tu..ikan pari bakar pun tidak dapat aku habiskan...erm macam biasalah kalau nak makan bakar-bakar ini pergilah ke Jalan Bellamy... Macam-macam ada... Tapi la ni aku tak rasa yang macam aku rasa dulu dulu...macam sudah kurang rasanya...or maybe tekak aku je kot sebab aku tengok orang lain bukan main layan makanannya...dan ramai dan ramai juga pelanggan yang datang ke kedai ini. Entahlah macam yang aku cakap tadi lah kot kepanasan itu membuatkan aku hilang mood untuk menikmati makanan...

Monday, 26 April 2010

anak comot takut dimarahi

Nampak itu anak kecil yang comot tengah takut dimarahi...kesnya sibuk nak makan ais krem sendiri macam inilah jadinya...hehehe...bila aku tegur sahaja Sorfina terus nak lari masuk bilik then aku cakap stop masa itu jugalah Sorfina berhenti dan terpinga-pinga takut dimarahi...padahal aku nak cuci dan mandikannya sebab sudah comot...alahai takkan lah Ummi nak marah adik, adik bukan faham apa-apa pun lagi...c",)

"gelagat sungguh mencuit hati, love both of u baby"

Erm macam sudah bosan pula aku nak layan Pizza Hut ini tetapi apakan daya anak-anak dan suami tercinta punya pasal aku ikutkan juga. Padahal Akalili just cakap nak makan Pizza tup tup keluar dari SOGO kelmarin hubby terus ikut yang pelik-pelik sikit dan stop di Pizza. Sudahlah perut aku masih kenyang sebab makan lunch pun sudah lewat gitu. Hubby suruh aku order, erm apalagi aku order Pizza yang baru itu Chunky Loaded dan  Iced Lemon Tea untuk aku sebab aku sangat haus bukan sangat lapar...hehe. Lagipun yang baru ini nipis dan oklah aku layan sepotong. Tapi sup memang aku tak layan habis sebab bukan sup cendawan huwaaa...so aku rasa sikit then bagi pada hubby habiskan.
   
DAN yang ini Akalili punya Pizza tapi sos tomato itu saja yang dia habiskan Pizza pula memang tidak diusik....memang faverote Akalili sos tomato...


Aku layan air ini...hausssnyerrr....

Sunday, 25 April 2010

Ke SOGO lah pula

Semalam aku bangun awal sebab hubby nak keluar katanya. So adalah tanggungjawab aku kena siapkan semuanya dengan pantas sekali...hikhikhik...breakfast dengan bihun goreng bersama keropok keping, ini adalah kesukaan hubby dan anak dara berdua itu. Bila semua breakfast awal lain pula aku tengok keadaan masing-masing semacam kuyu sahaja mata. Dalam pukul 0930 gitu hubby keluar sibuk membelek kobun kecilnya bersama anak daranya. Aku pula sibuk didapur mengemas sambil keluarkan apa yang patut untuk di masak masa lunch nanti...erm nampaknya hari ini layan ayam dan sayur campur sahajalah sebab itu sahaja yang ada. Lagipun petang nanti sudah hendak keluar so masak simple sahaja cukuplah.

Dalam 1130 begitu masing-masing sibuk merebahkan diri di hadapan TV aku turut join sekali...hehehe...Tapi lepas setengah jam gitu semua sudah lena dibuai mimpi dan inilah masanya TV melihat mereka. Erm aku terus ke dapur untuk masak ayam merah dan sayur campur goreng. 
"bunga jagung sudah habis kalau tidak mesti Sorfina lagi suka"

Lepas solat zohor baru kami makan dan bersiap-siap ke Kuala Lumpur. Kami ingin ke Jalan TAR tapi bila sampai di kawasan SOGO punyalah ramai orang. Aku pun ajak hubby masuk SOGO, alih-alih tiada parking di dalam SOGO dan kami terpaksa parking dalam bangunan CIMB yang berada di sebelah SOGO. Oklah kami parking juga di CIMB dekat sahaja rupanya. Kami hanya ke LG tujuan aku kesana adalah untuk membeli susu anak dara berdua ini sahaja. Bila waktu sale ini aku suka beli susu mereka disini memang murah. DAN yang pasti kali ini aku beli banyak sekali DAN bila aku kira-kira balik erm bulan depan aku tak perlu belikan susu untuk stok meraka lagi terlebih sudah dan kali ini hubby tidak membantah aku hendak beli banyak sedikit tidak seperti pertama kali dahulu. Sebab apa aku suka dalam rm6 - rm8 jugalah bezanya tiap setin yang aku beli di kedai biasa atau pun di Manjaku, banyak bukan bezanya. Susu Anlene itu Akalili yang sibuk suruh aku beli. Katanya bagus macam Opah jadi kuat dan sihat minum susu ini. Layan sajalah sebelum ini aku tidak ambil apa-apa produk susu lagi pun. Kalau best leh layan next time..c",)

Dalam kalut-kalut membayar boleh aku bertanya pada chaiser erm kat mana nak cop parking ini ye. Ops...aku terus pandang En Muz alamak lupa lah kita parking tempat lain.. Erm kalau tidak mesti free sahaja parking kami. Tapi tak apalah tak lama pun kami di sini. Selesai membayar aku sorang turun ke parking area untuk solat Asar sebab masa on the way tadi hanya hubby sahaja yang solat di masjid itu. Kenapa aku tidak solat? sebabnya tempat solat wanita terbuka begitu...masa pertama kali aku pergi aku solat jugalah tapi memang tidak selesa so aku cakap ngan hubby aku solat di SOGO sahajalah. DAN semestinya aku tinggalkan beg aku bersama hubby, cuma handphone sahaja aku ambil. Ye lah bukan apa kejadian yang lepas-lepas telah mengajar aku supaya lebih berhati-hati. Tak silap aku tiga kali aku solat di SOGO ini waktu bershopping tiap kali itu jugalah ada orang yang hilang handbegnya. Padahal dari apa yang aku dengar masa berada dalam surau itu, handbeg masing-masing elok sahaja diletak disebelah sisi meraka sewaktu mengambil wuduk. Erm sungguh licik pencuri itu mencuri barang orang awam. Semoga ALLAH beri petunjuk padanya untuk bertaubat...amin...

Selepas bersolat bila aku call hubby mereka seronok layan ais cream di Mc D's...DAN kami terus keluar. Bila melihat waktu tidak mungkin dan tidak sesuai untuk kami ke Jalan TAR hari ini so hubby kata nanti-nanti sahaja kita pergi. Aku ok sahaja.

Friday, 23 April 2010

bercuti dirumah

Alhamdulillah hari ini aku bercuti tetapi duduk dirumah sahaja. Jam ini barulah aku boleh on kan laptop tadi problem apa entahlah siap call En Muz yang sedang sibuk bekerja bagi tahu pasal laptop ini. Alhamdulillah sekarang sudah ok. Bila sudah cuti dan duduk dirumah erm macam biasalah aktiviti berkemas rumah dan masak-memasak sahajalah. Pagi-pagi lagi aku sudah mencuci semua pakaian kotor. Breakfast aku adalah simple sebab masing-masing ingin keluar cepat roti telur request by Akalili...hehehe....DAN menu lunch aku juga simple disebabkan aku teringin bangat hendak makan bihun sup so aku hanya masak sup yang sudah lengkap dengan sayur bagai...tetapi nasi harus aku masak juga sebab hubby adalah peminat setia nasi...hehehe...


DAN ini adalah lada hitam yang aku tumbuk guna lesung batu...aku lagi suka yang ini dari yang sudah siap dikisar itu...bila aku buat begini teringat aku pada kisah lalu kalau aku bagi tahu emak aku yang aku makan bihun sup dengan lada hitam ini...sah sah la emak aku ingatkan yang aku ini mengandung, mana tidaknya masa aku mengandungkan Sorfina anak kedua aku, mula-mula itu memang kegilaan aku makan nasi dengan lada hitan + ikan bilis sahaja tanpa lauk yang lain. Ada juga dekat seminggu dua aku macam itu...last last hubby bising dan semua orang bising barulah aku stop...DAN aku perasan juga lately ini aku kuat sungguh makan sampai hubby sendiri tegur dan cakap "kuatnya makan ini pregnant ke, sambil senyum meleret leret..." hehehe...duk sehari dua jawapan sudah sampai yang aku ini manalah pregnantnya. Lagipun aku tahu kalau aku pregnant ke tidak...yang pasal makan itu entahlah ikut mood kot memang sudah sampai waktu asyik nak makan je nak buat macam manakan so layan sajalah...c",) tapi yang pasti bihun sup aku begitu terangkat dan hangat dengan lada hitam aku itu...bila aku nak makan baru aku letakkannya. Tidak pula aku campur terus nanti pedas pula sup itu. Kesian pula my daughters...

Wednesday, 21 April 2010

Seminar....Message Bergambar...

Hari ini aku sampai awal di office sebabnya aku ada hadiri seminar Autodesk AutoCAD 2010 and 3DS Max Design 2010 Technology...erm memang best betul yang latest version ini. Aku yang tak involved dengan penggunaan software ini pun teruja melihat penerangan yang diberikan, inikan pula my colleague yang memang involved dengan benda-benda ini huh lagilah sangat teruja...

Dalam pada aku mendengar penerangan yang diberikan banyak pula la sms yang masuk dari bos akulah, dari kawan akulah...oklah aku reply masa tea time nantilah...tapi tiba-tiba vibration call pula...alih-alih tengok hubby, kenapa pula nie. Aku tak jawab pun maybe saja-saja call sebabnya kesukaannya memang asyik call aku jea lagi pun mungkin hubby sudah lupa yang aku ada seminar hari ini. Lepas itu hubby MMS gambar pula...ialah hari ini hubby ada kelas menembak so aku ingat saja-saja hantar pictures kelas menembaknya. Lepas itu aku dapat lagi satu pictures dan message. Ya Allah, aku terus keluar dan call hubby. Risau pula aku tengok pictures dan message yang hubby hantar mana tidaknya kelongsong peluru sudah masuk dalam baju dan melecur di leher...Lepas call dan tanya semua ok ke tidak barulah aku lega sikit sambil aku berdoa semoga Allah sentiasa permudahkan urusan suamiku itu...amin...

Seminar pun habis awal so aku terus balik sebab hati aku masih lagi risaukan hubby :(... Alhamdulillah semuanya ok...Boleh hubby cakap alah cikit saja lah macam kena $$$$bite itu sahaja.
Aku terus buat muka garang amboi...amboi...amboi tak kiannya sakit tu...nak buat lawak lagi, tak tahu kita ini risau bangat...

Tuesday, 20 April 2010

Mencegah lebih baik daripada mengubati

Kenapa aku keluarkan post pasal sakit jantung ya.... Ern petang semalam selepas aku balik dari surau terus aku ke pantry untuk menikmati air kosong suam-suam begitu terasa haus dengan cuaca sekarang ini sambil berbual-bual dengan kawan-kawan office tiba-tiba my big bos datang. Dengan sedikit kecoh-kecoh tanya orang itu DAN lagi sorang dengan sebut nama aku untuk ikut dia ke rumah En F. Siapa pula En F...dia salah seorang staff kat BLT nie...Kisahnya En F sudah terkena Serangan Jantung pada minggu lepas dan telah di tahan wad selama tiga hari CCU (Coronary Care Unit). Di CCU memang tidak dibenarkan masuk.

So semalam sudah seminggu gitu En F sudah berada dirumah. DAN dengan itu bos ambil keputusan untuk pergi melawat. Bila aku war-warkan pasal ini ramai pula yang hendak pergi melawat so kami pergi dengan tiga buah kereta. Alhamdulillah sampai En F yang sambut kami diluar dan dari raut wajahnya kelihatan begitu gembira sekali dengan kedatangan kami. Kami di jemput masuk. DAN En F pun menceritakan saat-saat detik serangan jantung itu...erm bila aku dengar Ya Allah senang sekali DIA nak jadikan sesuatu itu. Serang jantung berlaku semasa En F sedang menonton TV. DAN dari apa yang diceritakan En F sangat bersyukur sebab masih diberi peluang untuk hidup. Banyak nasihat yang En F bagitau atas pengalamannya. Aku pula sungguh takut juga dengar ceritanya. DAN secara automatiknya dia terus berhenti merokok kerana En F ini dari apa yang aku lihat memang seorang yang sangat kuat merokok...erm syukur alhamdulillah dulu dulu dulooo lagi hubby sudah behenti merokok lepas kami bertunang gitu..even bau rokok pun boleh buat hubby pening kepala...mungkin dulu tak sedar kita yang bau ni memang pening, sekarang ini hubby sendiri yang bau baru tahu macam mana perasaan kita masa dulu dulu...hehehe.....Ialah katanya Sakit Jantung ini tidak memilih sesiapapun. Cuma bezanya teruk atau tidak sahaja. Macam En F sudah tiga saluran yang tersumbat tapi hanya satu sahaja yang di syorkan dengan menggunakan rerelung dawai logam (stent) yang dimasukkan dalam pembuluh darah. Ini pun hanya sementara jika tidak boleh juga dua lagi itu kaedah yang akan disyorkan iaitu pembukaan kesempitan menggunakan belon (angioplasty) untuk melebarkan pembuluh darah atau dengan melitar pintas kesempitan (bypass) bagaimanapun kejayaannya bergantung kepada keadaan otot yang sihat.

punca 'heart attack'

-->
-->
Untuk orang-orang yang sihat, anda masih ada pilihan dalam kesihatan anda.......jadi renung-renungkan lah.................
Apakah 5 -  10 tahun akan datang anda pasti, anda tidak kena penyakit jantung atau strok atau darah tinggi atau kencing manis????
Semuanya bergantung pada bagaimana cara kita menjaga kesihatan dan mengamalkan cara-cara hidup sihat...

"MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI"


SAKIT JANTUNG

Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".

Serangan Penyakit Jantung
Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami keseukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.
Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan "serangan sakit jantung".
sakit-jantung
Faktor Penyebab
Asap Rokok
  • Mempercepatkan pembekuan darah
  • Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
  • Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
  • Tekanan Perasaan
  • Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat.
  • Tekanan darahnya juga meningkat.
Kandungan Lemak Yang Tinggi
  • Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak.
Kurang bersenam
  • Senaman penting untuk menguatkan jantung.
  • Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke
    jantung.  Bersenamlah.
Darah Tinggi
  • Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.
  • Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.
  • Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.
Kencing Manis
  • Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung
Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Kemungkinan Menghadapi Penyakit Jantung Koronari
  • Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
  • Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
  • Jika anda merokok.
  • Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
  • Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
  • Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
  • Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
  • Jika anda kurang bersenam.
  • Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.
Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
  • Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.
  • Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.
  • Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.
  • Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.
  • Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.
  • Mulalah bersenam secara beransur-ansur.
  • Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan.
Sumber Maklumat: Kementerian Kesihatan dan Utusan Malaysia

Monday, 19 April 2010

Jalan-jalan Kuala Lumpur

Semalam petang aku ada kerja di Kuala Lumpur. Aku sudah bagitahu hubby yang aku hendak pergi so lepas Asar begitu semua siap-siap untuk menemankan aku ini. Tetapi nampak tak gambar atas itu masih sempat lagi nak melawat Pokok Rozel yang sedang rancak berbunga dan berbuah. Sepatutnya memang semalam adalah aktiviti berkobun tetapi aku pula sibuk dengan sedikit kerja yang perlu aku lakukan di Kuala Lumpur. Tetapi oklah kot nanti hujung minggu ini mesti Buah Rozel sudah boleh dipungut. DAN bolehlah direbus untuk jadikan air pati rozel pula. Sudah lama gitu rasanya tidak minum air rozel buatan sendiri ini...
Gambar di bawah pula adalah di salah sebuah Hotel di Kuala Lumpur, aku ada kerja disitu lah...

Dari pukul 1830 aku disana sampai hampir pukul 2000 baru settle kerja DAN terus cari tempat solat mujurlah senang dan selesa orang tak ramai sebab suraunya di parking area maybe orang lebih tertumpu dalam bangunan itu sendiri. Sudah settle semua kami terus mencari makanan, lapor jangan cakaplah Akalili pun sudah bising lapar...lapar yang sikenit sorang lagi itu lagilah nampak sahaja 7Eleven terus nak pergi and we are decide to take away McD sahaja dan makan dalam kereta sambil melihat pemandangan malam nan indah ciptaan ALLAH itu...Alhamdulillah

Nur Akalili Hanis

Ha ha gambar diatas adalah aku snap dari TV dirumah semasa Akalili bermain PS2. Sekarang ini agak kerap Akalili bermain Game sebabnya Akalili sudah jumpa apa favourite game nyer...hehehe...memilih warna untuk gambar dan bermain puzzle...tapi aku suka part yang Akalili bermain puzzle sebabnya disitu aku boleh nampak kecekapannya mencantumkan gambar-gambar tanpa aku hint apa-apa pun.


 Akalili berjemaah bersama Abah
Semalam Akalili buat aku binggung sekejap, mana tidaknya tiba-tiba Akalili bangun je terus tanya aku "Ummi akak pergi ambil air sembahyang ya nak sembahyang nie." aku cakap ni sudah pukul 10 la ni kakak, belum masuk waktu Solat Zohor lagi, nak solat Sunat Dhuha pun Ummi tak ajar akak macam mana akak nak solat. Tapi dengan selambanya Akalili cakap "tak pe lah Ummi akak ambil wuduk dan sembahyang sahajalah..." Erm aku pun ye kan saja...terus Akalili pergi ambil wuduk dan solat...aku biarkan saja tapi selepas Akalili solat terus datang pada aku dan cakap "Ummi kakak dah solat dah" aku senyum mungkin dengan itu Akalili rasa tenang kot...lagi pun aku tak pernah pun kejut Akalili untuk solat subuh lagi melainkan Akalili terjaga sendiri sebab aku rasa aku pun baru ajar-ajar yang basic sahaja tidak tekankan lagi untuk semua waktu so Akalili lebih solat berjemaah dengan Abahnya pada waktu malam lah kerana waktu itu kami berada di rumah dan waktu-waktu cuti kecuali waktu subuh belum pula aku paksa dia bangun...mungkin perlahan-lahan aku akan ajarnya juga. InsyaAllah...itulah Nur Akalili Hanis.

Saturday, 17 April 2010

Kisah Dapur Lagi....

Erm sekarang aku baru dapat mengadap pc dengan tenang sekali tanpa diganngu oleh kanak-kanak kecil itu. Mereka sedang bersantai-santai sambil menonton television. Aku sememangnya sangat kurang menonton diwaktu-waktu cuti begini.Entahlah tidak pasti pula kenapa ya. Tetapi aku rasa mungkin sebab hari-hari biasa aku adalah bekerja so diwaktu cuti-cuti ini aku tidak terasa keperluan untuk menonton. Hari ini menu aku adalah AsamPedasIkanTenggiri + Bendi dan SupAyam + UbiKentang sangat simple kan.




DAN aku nak bercerita apabila no suggestion dari tuan besar nak masak apa so aku fikir sendiri DAN jadilah ini semua. Ini semua menu minggu lepas...hehehe...ha ha...ikan tenggiri dan ikan merah adalah ditapau fresh dari JetiKemaman masa aku outstation pada minggu lepas...DAN hari ini adalah hari pengabisan ikan tenggiri untuk dimasak...hehehe... Begitu juga ikan merah yang aku masak sup dan ikan merah berlada, sudah habis minggu lepas lagi...Ikan Merah dua kali masak dan Ikan Tenggiri tiga kali masak...yang pasti aku beli separuh sahaja dari badan ke ekornya...sebab aku memang tak reti nak masak tang kepalanya itu...tapi kalau orang yang pandai masak memang best tang kepalanya...sebab aku dan hubby kurang tang kepala so tidaklah layan...c",)
Nampak menu aku ini Sambal Telur pun ada walaupun dua biji sahaja telurnya sebab itu orang kampung ini punya kerana itulah kegemarannya...hehehe...Esoknya juga begitu aku masak ikut selera aku sajalah dan asal saja boleh juga dimakan untuk anak kecil berdua itu...




Aku nak bercerita sedikit pasal semalam...erm lama sungguh aku tidak jumpa dia...my housemate aka room mate waktu aku belajar di Kuantan dulu. Padahal aku rajin juga ke area tempat Na bekerja tetapi atas sebab hal kerja so tidaklah aku hendak berjumpa dengannya. Kalau takat sekejap sahaja jumpa baik tidah usah saja. Tapi semalam kami sudah janji akan jumpa waktu lunch hour sebab jumaat break kan lama bolehlah lama berbual sambil lunch sekali. Kami ke Secret Receipe untuk berbual panjang aka lunch...hehehe...terima kasih Na sebab belanja aku makan...semoga murah rezeki...c",) kami makan sama sahaja Chiken Blackpapper...alhamdullillah...

Friday, 16 April 2010

Yang Terindah - Dakmie c",)

Semenjak KAU hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
KAU mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

KAU yang bernama CINTA
KAU yang memberi rasa
KAU yang ilhamkan bahagia
Hingga AKU terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama KAMU

KAU yang bernama CINTA
Kau yang memberi rasa
KAU yang ilhamkan bahagia
Hingga AKU terasa indah

KAU yang bernama CINTA
Hingga AKU rasa indah


Dakmie Nama Penuh : Azmee Bin Abdul Manaf
Tempat Lahir : Negeri Sembilan
Kerjaya : Pemuzik, Penyanyi
Kemahiran : Main Alat Muzik
Yang Terindah - Dakmie c",)

Tiba-tiba buka TV3 sudah ada cerita ini. Baru tengok semalam Adamaya tak silap aku cerita ini sudah banyak episod.  Aku mula suka pada lagu ini masa tengok I'm Not Single lah. Tiba-tiba aku terdengar lagi lagu ini semalam dalam cerita Adamaya - Akasia jam 1830ptg-1930ptg itu pun pukul 1900ptg baru aku dapat tukar ke siaran TV3 sebab sebelum itu adalah waktu bersiaran untuk Akalili dan Sorfina...
Kisah cinta tiga segi antara Lisa Surihani (Maya), Hussein Ruffedge (Adam) dan Faizal Usop (Dani).
Adam berkahwin dengan Maya atas pilihan keluarga dan kemudian ‘bersegi’ pula dengan Dani    Kisah cinta pasangan berkahwin muda. Cerita Adamaya ini lebih kurang cerita I'm Not Single tapi lelaki iaitu suami kepada Maya(Lisa Surihani) bukanlah Farid Kamil seperti dalam I'm Not Single kalau Farid aku layan jugak kot tapi ok lah kalau sempat aku layan juga cerita romantik ini. Aku tengok movie ini kat wayang pun sebab kawan aku yang sorang itu beria-ria ajak. Ok lah aku pergi tengok dan ok aku suka sebab aku belum tengok cerita romantik macam ini dalam movie selalu cerita khayalan sahaja. Tetapi sekali itu sajalah lepas itu tak de pun aku layan cerita macam itu lagi sebabnya my partner tak berapa nak layan cerita begitu tapi kalau aku suka aku paksa gak layan...hehehe...c",)



Tuesday, 13 April 2010

cekmek molek

Ini adalah masakan Kelantan yang berintikan gula. Setelah digoreng gula akan menjadi cair...so yummy dummy...

Bahan-bahannya:
Ubi keledek 5 ketul yg sederhana (ikut suka nak warna apa)
Tepung gandum 2 cawan (ikut sesuaian doh sebenarnya)
Gula untuk dijadikan inti
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya:
Rebus ubi keledek hingga empuk setelah sejuk lenyek. Gaulkan ubi bersama tepung hingga menjadi doh yang lembut. DAN bahagikan kepada beberapa bahagian doh kecil mengikut kesukaan. Leperkan doh kecil tadi untuk masukkan gula dalam satu sudu kecil atau setengah sudu kecil ikut kesukaan manis. Tutupkan rapat-rapat supaya gula tidak keluar semasa menggoreng. Biasanya bentuk bujur, jika nak buat bentuk lain pun boleh ikut kesukaan asalkan gula itu tidak keluar...Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.

Hidanglah dengan teh 'o' panas...yummy...

SELAMAT MENCUBA....

Sunday, 11 April 2010

Hujung minggu...

Ermm...alhamdulillah...sebentar tadi kita sudah di turuni oleh hujan yang lebat...sejuk jea aku rasa setelah seharian panas...sungguh besar rahmatMu Ya ALLAH...

Cuti-cuti setelah lima bekerja, aku bekerja dirumah pula sebagai surirumahtangga sepenuhnya dua hari sahajalah...kalau lama diberi cuti, panjanglah harinya lagi syokkk...hehehe, tetapi kerja ini adalah dipanggil TANGGUNGJAWAB dan ianya hendaklah dilakukan dengan seikhlas hati kerana Allah Taa'la jika tidak kita akan rasa penat tetapi jika kita lakukan dengan keikhlasan kita akan rasa puas...DAN yang paling penting aku akan rasa BAHAGIA sekali bila mana kerja yang aku buat itu membuatkan keluarga aku gembira...syukur itulah nikmat yang ALLAH bagi...

Part yang paling aku suka adalah masak-memasaklah tapi tengok keadaan dan waktu jugalah...kalau kemas-kemas ini alhamdulillah dapat bantuan daripada suami yang dicintai...terima kasih ya abang sebab selalu bantu akma dalam hal-hal rumahtangga ini. Bila banyak fikirkan pasal makanan lebih senang aku masak dan macam-macam menu akan keluar tapi kena tengok dalam peti sejuk dulu apa yang ada DAN itulah menu yang akan dihidangkan...erm hari semalam dan hari ini...Alhamdulillah semua yang dirancang berjalan dengan baik sekali...syukur atas rezeki yang Allah bagi...

teka apa dia...
.
.
.
.
.
sup ikan merah

Pada petangnya pula aku goreng ini...
kuih cekmek molek
Kisahnya kuih ini...ianya berasal dari Kelantan. Masa hidupnya arwah abah amatlah rajinnya membuat kuih ini...bila cuti-cuti juga kerajinan arwah memasak...alhamdulillah turun pada anaknya ini mungkin...DAN bila anak-anak semua berkumpul memang emak akan berehat...arwah abah memang sayang pada emak...emak cuma layan anak-anak sahaja yang lain semua arwah abah buat...menu yang selalu arwah abah buat untuk anak-anaknya Rendang Hati Lembu, memang aku suka sangat nie...tapi sampai hari ini aku tak pernah buat sebab aku memang tak pandai langsung...insyaAllah akan belajar juga suatu hari nanti kerana inilah kenangan aku...lagi udang galah masak berempah, pun aku tak cuba lagi kalau aku masak pun udang besar yang biasa itu sahaja itu pun masa belum-belum kahwin dulu. Lagi juga ketam masak kari yang kering tanpa kuah...erm lazatnya kalau ingat semua itu...tapi semua itu cuuma tinggal kenangan...
Berbalik pada kuih diatas itu...aku masak lunch awal so aku terus sambung menguli ubi keledek bersama tepung untuk dijadikan doh...da siap aku buat pula doh itu menjadi bulat-bulat kecil senang bila aku nak masukkan gula dan goreng...kuih ini bila nak masak barulah diletakkan gula didalamnya jika tidak nanti gulanya akan keluar...aku pun tak pasti macam mana gula tu boleh cair dari dalam walhal masa letak itu ok sahaja berwajah gula...so bila lepas asar baru aku siapkan minum petang pula dengan kuih itu bersama air teh 'o'...nyaman sekali berehat bersama keluarga...alhamdulillah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails